Monday, 28 May 2012

CARA DAN FADHILAT MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TAHAJUD





Solat Tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur,walaupun tidur sebentar. Waktunya antara isyak sampai Subuh.Waktu utama dari satu sampai Subuh. Jumlah rakaat tidak terbatas,paling kurang dua rakaat.Jadi cara melakukan hendaklah tiap dua rakaat gengan satu salam.

->Cara Menunaikan Solat Tahajjud

Lafaz niat:
...
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

Pada rakaat pertama :- Bacalah Al-Fatihah. Selepas itu surah Al-Kafirun.
Pada rakaat kedua :- Bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas

->Bilangan rakaat tahajud:

Sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya tiada had. Tetapi ada pendapat lain yang mengatakan, sebanyak-banyaknya 12 rakaat (rujuk Fathul Mu’in, bihamish I’anah al-Thalibin.

Kebaikan Solat Tahajjud :- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=221571437948064&set=a.136228019815740.22309.136198466485362&type=3&theater

Sumber :- http://albakri88.wordpress.com/2009/05/04/cara-solat-sunat-duha-dan-sunat-tahajjud/

GANJARAN BAGI ORANG YANG BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW




KELEBIHAN/GANJARAN BERSELAWAT !

Selawat iaitu "Allahumma solli ala Muhammad" boleh dibaca di mana2 dan bila2 sahaja . Selepas SOLAT sebaiknya, sebelum tidur dll . "Berselawatlah ke atasku di mana saja kamu be...rada, sesungguhnya selawat kamu itu sampai kepadaku.".

-> "Barang siapa berselawat ke atasku satu selawat, nescaya Allah akan membalasnya dengan sepuluh selawat, mengangkat kedudukannya sepuluh darjat, mencatatkan baginya sepuluh kebajikan dan menggugurkan daripadanya sepuluh kejahatan."

-> "Orang yang mendapat syafaatku (pertolongan) pada hari kiamat ialah orang yang banyak berselawat ke atasku."

-> "Sesiapa yang mengucapkan "Allahumma solli ala Muhammad (Ya Allah, Ya Tuhan! Sampaikanlah selawat atas Muhammad) dan kurniakanlah kepadanya kedudukan yang dekat kepada-Mu pada hari kiamat", maka dia pasti akan mendapat syafaat-Ku."

Antara hadis yang menjelaskan hal ini ialah :

- “Hinalah orang, yang apabila (nama) aku disebutkan di hadapannya, maka dia tidak berselawat atasku.”

- “Sesiapa berpaling daripada berselawat ke atasku ketika aku disebutkan di depannya, kelak dia akan dipalingkan daripada jalan menuju syurga."

Rasulullah berpesan agar kita memperbanyak selawat terutama pada Jumaat. Ini bertepatan dengan hadis yang bermaksud: “Perbanyaklah berselawat ke atasku pada hari Jumaat, kerana sesungguhnya selawat umatku dibentangkan kepadaku pada tiap-tiap hari Jumaat. Orang yang paling dekat kedudukannya kepadaku ialah orang yang paling banyak berselawat atasku.”

*KELEBIHAN SELAWAT PADA HARI JUMAAT :-

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=393266387360437&set=a.391855127501563.87692.391838660836543&type=1&theater

Sumber :-> http://tigosotigo.blogspot.com/2008/09/ganjaran-selawat-ke-atas-rasulullah-saw.html

Wednesday, 23 May 2012

7 PUASA SUNAT AMALAN RASULULLAH SAW !




7 PUASA SUNAT AMALAN RASULULLAH SAW !

1)PUASA NABI DAUD AS - Rasulullah SAW bersabda: “ Tidak ada puasa yang lebih baik selain puasa Nabi Daud AS. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. (Hadis Bukhari).

2)PUASA ISNIN & KHAMIS - Dari A...bu Qatadah r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa Isnin dan Khamis. Baginda menjawab: “Padanya aku dilahirkan dan padanya mula-mula diturunkan wahyu padaku. (HR Muslim 1/474).

3)PUASA ENAM HARI SYAWAL - Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan kemudian meneruskannya dengan enam hari pada bulan Syawal, akan mendapat ganjaran seolah-olah dia berpuasa setahun. (Riwayat Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Ibn Majah).

4)PUASA HARI ARAFAH PADA 9 ZULHIJJAH - Dari Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai puasa hari Arafah. Jawab Baginda: “Pengampunan dosa bagi tahun lalu dan tahun akan datang. (Hadis Muslim 1/473).

5)PUASA MUHARAM - Dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah puasa bulan Muharam dan sebaik-baik solat selepas solat lima waktu ialah solat malam. (Muslim 1/474). Waktu yang terbaik ialah pada 9 dan 10 hari bulan. Ia berlaku sepanjang Muharam dan 10 Muharam mempunyai hak khusus tersendiri.

6)PUASA HARI PUTIH - Iaitu pada 13,14 dan 15 setiap bulan Islam. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW pernah berpesan dengan tiga perkara: Puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat solat Duha dan solat witir sebelum tidur (Hadis Bukhari).

7)PUASA HARI ASYURA (10 MUHARAM) - Dari Abdullah Bin Abbas ra bahawa ketika Rasulullah SAW sampai ke Madinah, beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi bertanya, “Apakah gerangan hari ini sehingga kamu berpuasa?“. Maka mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang besar di mana Musa diselamatkan dari kaumnya, tenggelamnya Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa kerana mensyukuri dan kami berpuasa”. Selepas mendengar itu Nabi SAW pun bersabda, “Kami lebih utama berpuasa dari kamu dan Nabi SAW berpuasa dan menganjurkan kita berpuasa”. Dalam riwayat Abu Qatadah ra bahawa apabila Nabi SAW ditanya mengenai puasa Asyura beliau menjawab, “Mendapat keampunan setahun yang lampau”. (Hadis Muslim 1/459).

JENIS-JENIS PUASA :- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=239434809495060&set=a.136228019815740.22309.136198466485362&type=1&theater

JENIS-JENIS PUASA(WAJIB,HARAM,SUNAT,MAKRUH).




JENIS-JENIS PUASA !

->Puasa Wajib

1. Puasa pada bulan Ramadhan setiap tahun
2. Puasa Qada
... 3. Puasa Nazar
4. Puasa Kifarat (terhadap lelaki yang melakukan persetubuhan dengan isterinya pada siang hari bulan Ramadhan).

->Puasa Sunat

1. Hari Arafah, iaitu (9 Zulhijah).
2. 9 dan 10 Muharam
3. Hari isnin dan khamis
4. Puasa enam hari dalam bulan syawal
5. Puasa pada tiga hari pertengahan bulan iaitu 13,14 dan 15 haribulan pada setiap bulan Hijrah.

->Puasa Haram

1. Puasa pada hari raya Aidilfitri ( I Syawal)
2. Hari Raya Aidiladha ( 10 Zulhijah).
3. Puasapada hari Tasyrik iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijah.
4. Puasa pada hari Syak iaitu pada 30 Syaban .

->Puasa Makruh

1. Puasa sunat pada hari Jumaat atau hari Sabtu sahaja.
2. Puasa yang dilakukan sepajang tahun.

Sunday, 20 May 2012

CARA MANDI WAJIB PALING RINGKAS DAN MUDAH !




Mandi junub/wajib adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah bahawa azabnya amatlah pedih bermula dari alam kubur lagi.

RUKUN/CARA MANDI WAJIB !

Rukun mandi wajib... ada 3 perkara:

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis dan benda-benda yang boleh menghalang air pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Dengar Penjelasan Dari Ustaz , Sangat Ringkas & Mudah . :')

(Video)Cara Mandi Wajib Paling Ringkas[2:14] --> http://www.youtube.com/watch?v=JAJQVMkYlsA

(Sila SHARE)Rasulullah S.A.W Bersabda : ” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain.” [Hadith Riwayat Muslim].

Thursday, 17 May 2012

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita !


13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

KELEBIHAN ORANG YANG BERSEDEKAH DENGAN IKHLAS !!!




KELEBIHAN ORANG YANG BERSEDEKAH DENGAN IKHLAS !!!

Sedekah itu ada 10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat .

*Lima di dunia

... - Mencucikan hartanya

- Mencucikan badannya

- Menolak bala dan penyakit

- Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .

- Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .

*Lima Di akhirat :

- Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas

- Ringan hisabnya

- Berat timbangannya (amalan) di akhirat

- Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim

- Bertambah darjatnya di dalam syurga

*Keikhlasan bersedekah

Nabi SAW bersabda bahawa di antara tujuh golongan yang dilindungi Allah SWT pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah ialah golongan yang melakukan sedekah dengan senyap sehingga tidak diketahui kanannya dari sebelah kirinya. Maksud hadis seperti yang diriwayatkan imam Bukhari dan Muslim.

Doa Ringkas Selepas Solat




Maksudnya:


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Tuesday, 15 May 2012

Manusia Akhir Zaman !




Gunakanlah Laman Internet sebagai "Media Dakwah(Laman Berkongsi Ilmu)" . Sama2lah kita saling memperingatkan sesama manusia . 

* Hadis :-

-> Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."
-> Amalan Yang Dibawa Selepas Mati.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

KELEBIHAN/GANJARAN SOLAT SUNAT SUBUH !




Solat Fajar - iaitu solat sunat sebelum Subuh- merupakan solat sunat yang paling banyak pahalanya dibandingkan solat sunat lainnya. Rasulullah SAW mengistimewakannya dengan pahala yang begitu besar, dengan gambaran yang benar-benar menarikperhatian.

Diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah R.A., beliau berkata:
"Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan Rasulullah SAW selain solat sunat sebelum Subuh"
(HR Al-Bukhari)

Waktu untuk melakukan solat sunat Subuh ialah selepas masuk waktu Subuh, sebelum menunaikan solat fardhu Subuh. Jika dilakukan sebelum Subuh, ia tidak dikira solat sunat Fajar.
Kata Ibn Abdil Barr: "Tidak ada perselisihan daripada amalan baginda SAW, bahawa apabila fajar mula kelihatan, baginda bersolat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh".

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.


Harap Dapat Share(SEBARKAN) . Selamat Beramal . :')

* Hadis :-

-> Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."
-> Amalan Yang Dibawa Selepas Mati.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."


*Artikel Menarik:

~Doa Ringkas Selepas Sembahyang:http://on.fb.me/17Absqv

~Wirid Ringkas Selepas Sembahyang:http://on.fb.me/17AmEDp

Lain-lain Artikel Menarik:

*Doa Untuk Kedua IbuBapa(Bsrta Terjemahan):http://on.fb.me/YKr7jS

*Cara/Langkah Berwuduk Dengan Betul Dan Sempurna:
http://bit.ly/GAsAT4

*Kepentingan Doa Selepas Wudhuk ! (Beserta Terjemahan): http://bit.ly/15MfsG3

*Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Paus: http:http://bit.ly/1dZg7nv

*CARA MANDI WAJIB PALING RINGKAS DAN MUDAH:http://bit.ly/15Mgyl1

*Kelebihan & Ganjaran Bersedekah:http://on.fb.me/17zAjLb

*Ganjaran Bagi Orang Yang Berzikir:http://on.fb.me/1g9z6xD

*Ganjaran Bagi Orang Yang Berselawat:http://on.fb.me/18AplEx

*KELEBIHAN/GANJARAN SOLAT SUNAT SUBUH:http://bit.ly/15GfCPq

*Kelebihan Solat Sunat Dhuha:http://on.fb.me/1fNkd6w

>Blogger: http://islamagamaku197.blogspot.com/

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)


~SEBARKAN(SHARE)~                                                                                                                                                                        

Friday, 11 May 2012

4 SYARAT DALAM MENUTUP AURAT(WANITA)




-Wanita solehah RELA stokin kakinya BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PERCIKAN API NERAKA.

-Wanita solehah RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang DIJAGA daripada berendam dalam LAUTAN NERAKA.

-Wanita solehah RELA rambutnya disimpan RAPI terpelihara & TUDUNG labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutnya sehingga MENDIDIH OTAK derita. ...

->Wanita dicipta bukan untuk dikagumi ramai lelaki, Tapi untuk seorang lelaki yang bernama, Suami..

LANGKAH-LANGKAH PRAKTIK UNTUK MELAHIRKAN ANAK SOLEH



LANGKAH-LANGKAH PRAKTIK UNTUK MELAHIRKAN ANAK SOLEH

1) Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
2) Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain
3) Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita?
4) Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
5) Selalu membaca al-Quran di rumah
6) Membiasakan solat-solat sunat di rumah
7) Hidupkan budaya memberi salam
8) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
9)Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
10)Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita
11)Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
14) Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.

-Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita

*DIDIKLAH ANAK2 ANDA DARIPADA KECIL . Kerana anak2 itu ibarat kain putih . IBUBAPA mereka lah yang mencoraknya .

KISAH DI KEDAI GUNTING RAMBUT




Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si pengg...unting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Antara pengajaran penting:

Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa. DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap. ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun.
Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH. Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh. “Aslim, taslam”. Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluq yang menghuni bersama manusia akan selamat.
Peringatan:

Ini hanyalah perumpamaan untuk dibuka fikiran sahaja. Kisah sebegini baik untuk disampaikan untuk mengajak manusia berfikir dan merenung. Namun, perumpamaan ini tidaklah tepat dengan ALLAH. Kerana ALLAH itu adalah Tuhan yang tiada suatu pun yang sama denganNYA.
Semoga ada manfaat padanya, insyaALLAH.

Wallahu Ta`ala A`lam.