Tuesday, 24 July 2012

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W. !




KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W. !

Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku: Berkata Jibril a.s.. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat meny...ambar."

Berkata pula Mikail a.s.: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil a.s.: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t. mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail a.s. pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah s.a.w. .? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah s.w.t., Rasul dan para malaikat.

KELEBIHAN/GANJARAN BERSELAWAT ! :- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=241951572576717&set=a.136228019815740.22309.136198466485362&type=3&theater
See more
 

Tujuh Macam Pahala Yang Tetap Berterusan Selepas Mati !




Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Sumber : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/himpunankisahteladan2.htm

Friday, 20 July 2012

Kelebihan Dan Amalan Sunat Di Bulan Ramadhan !






*AMALAN SUNAT KETIKA BERPUASA ! InsyaAllah Mendapat Ganjaran Pahala Yang Sgt Bnyk ! (Bkn Shj Ptut Diamalkan Pd Bln Ramadhan Ttpi Jga Di Bulan2 Yg Lainnya.)

1) Bersahur.
-> Diriwayatkan daripada Anas RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya."

2) Segera berbuka puasa apabila masuk waktu berbuka.
-> Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa."

3) Menunaikan Solat Sunat(Tarawih) Dengan Penuh Keimanan.
-> Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah SAW mengenai Ramadan: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."

4) Membanyakkan berzikir, berselawat kepada Nabi, dan membaca Al-Quran.
-> Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa membaca satu huruf dari Al-Qur’an, maka ia mendapatkan satu kebaikan, dan satu kebaikan sama dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim adalah satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf, dan miim satu huruf.”

Tapi, khusus di bulan Ramadhan pahalanya dilipatgandakan oleh Allah menjadi 70 kaliganda .

5) Memperbanyakkan Sedekah.

6) Berbuka dengan buah kurma atau makanan yang manis.

7) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.

Extra :
i) Ganjaran&Kelebihan Bersedekah -> http://www.facebook.com/photo.php?fbid=242514795853728&set=a.136228019815740.22309.136198466485362&type=3&theater
ii) Ganjaran Bagi Orang Yang Berselawat Ke Atas Nabi -> http://www.facebook.com/photo.php?fbid=241951572576717&set=a.136228019815740.22309.136198466485362&type=3&theater
iii) Ganjaran Bagi Orang Yang Berzikir -> http://www.facebook.com/photo.php?fbid=244931752278699&set=a.136228019815740.22309.136198466485362&type=3&theater
iv) Puasa Menjana Keperibadian Muslim -> http://www.facebook.com/photo.php?fbid=263979853707222&set=a.136228019815740.22309.136198466485362&type=1&theater

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."

~SILA SHARE~

Read more: http://foren-6.blogspot.com/2010/08/petikan-hadis-tentang-puasa-ramadhan.html#ixzz21Cs36TZC

Puasa Menjana Keperibadian Muslim !




Puasa Menjana Keperibadian Muslim !

Rukun-rukun Puasa.

1) Niat(Dalam Hati) : Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
... 2) Menahan diri daripada segala perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga matahari terbenam.

Syarat Wajib Puasa.

1) Islam.
2) Baligh.
3) Berakal.
4) Bebas daripada uzur syarie seperhati haid,pitam sepanjang hari, dan sebagainya.

Syarat Sah Puasa.

1) Islam.
2) Berakal.
3) Mumaiyiz.
4) Niat.
5) Suci daripada haid dan nifas.
6) Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa.

Hikmah Berpuasa.

1) Melatih diri supaya bersifat sabar,jujur dan ikhlas.
2) Menjana kekuatan jiwa seseorang.
3) Menimbulkan keinsafan dan belas kasihan kepada orang miskin.
4) Memberikan kerehatan pada sistem penghadaman manusia.

Akibat Buruk Terhadap Orang Yang Tidak Berpuasa.

1) Dibenci dan dimurkai oleh Allah SWT.
2) Jiwa dan perasaan sentiasa gelisah.
3) Dibenci dan dihina oleh masyarakat.
4) Memiliki sifat mazmumah dalam diri seperti riak, sombong, dan sebagainya.

Tujuh Kalimah Agung Untuk Diamalkan !




7 Kalimah Untuk Diamalkan !

Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni doasa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.”

... 1. Bismillahirrahmanirrahim (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani) – Pada tiap-tiap ketika hendak mengerjakan/melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah ( Segala puji bagi Allah SWT ) – Pada tiap-tiap sesudah/selesai melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah hal azim (ku memohon keampunan kepada Allah lagi Maha Agung) – Apabila tersilap mengatakan sesuatu yang buruk sama ada sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja.

4. InsyaAllah (Dengan izin Allah SWT) – Apabila ingin atau berniat melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Laa haula wala quwwata illah billah (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata) - Apabila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillahi wainna ilaihi raji'uun (Sesungguhnya dari Allah ia datang, dan kepadaNya jua ia kembali) - Apabila
menerima sesuatu musibah atau melihat kematian.

7. La ila ha illa Allah (Tiada tuhan melainkan Allah SWT) - Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah.

~SILA SHARE~