Solat Sunat
Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan
tasbih iaitu sebanyak 300 kali.
Sekiranya
dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat
dengan satu salam.
Manakala
sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat
dengan 2 salam.
1. Sesudah kita berniat dan
bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15
kali . Kemudian membaca ta'awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali
membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali
dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang
kedua.
2. Bacaan tasbih sebanyak 15 kali
dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam
rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada
menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.
Dan bagi
rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat.
3. Surah yang
biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah
Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.
Perlu
diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan
pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor
dan asar)
أُصَلِّى سُنَّةَ الْتَسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ
تَعَالىَ
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ
الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian
bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya
melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.
JADUAL
TASBIH
1. 4
Rakaat 2 Salam
WAKTU |
JUMLAH TASBIH
|
Slps Iftitah sebelum Fatihah |
15
|
Sesudah surah Rakaat 1 |
10
|
Rukuk |
10
|
I'tidal |
10
|
Sujud |
10
|
Duduk antara dua sujud |
10
|
Sujud kedua |
10
|
Selepas surah Rakaat 2 |
10
|
Rukuk |
10
|
I'tidal |
10
|
Sujud |
10
|
Duduk antara dua sujud |
10
|
Sujud kedua |
10
|
Sebelum Tahiyyat |
15
|
JUMLAH |
150 X 2 =
300
|
2. 4
Rakaat 1 Salam
WAKTU |
JUMLAH TASBIH
|
Slps Iftitah sebelum Fatihah |
15
|
Sesudah surah Rakaat 1 |
10
|
Rukuk |
10
|
I'tidal |
10
|
Sujud |
10
|
Duduk antara dua sujud |
10
|
Sujud kedua |
10
|
Selepas surah Rakaat 2 |
10
|
Rukuk |
10
|
I'tidal |
10
|
Sujud |
10
|
Duduk antara dua sujud |
10
|
Sujud kedua |
10
|
Sebelum Tahiyyat Awal |
15
|
Selepas Tahiyyat Awal |
15
|
Sesudah Fatihah Rakaat 3 |
10
|
Rukuk |
10
|
I'tidal |
10
|
Sujud |
10
|
Duduk antara dua sujud |
10
|
Sujud kedua |
10
|
Selepas Fatihah Rakaat 4 |
10
|
Rukuk |
10
|
I'tidal |
10
|
Sujud |
10
|
Duduk antara dua sujud |
10
|
Sujud kedua |
10
|
Sebelum Tahiyyat Akhir |
15
|
JUMLAH |
300
|
DOA SOLAT TASBIH
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ
الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ
وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ
الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى
نَخَافَكَ .
اَللَّهُمَّ إِنَّا
نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ
عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا
مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ
اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ
النُّوْرِ.
Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon
taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan
jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari
golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman
kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana
orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka
kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah
pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke
dalam orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, kami memohon
kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada
melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang
kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami
bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami
betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami
menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai
Pencipta
No comments:
Post a Comment