ISLAM ITU INDAH ! ISLAM ITU KEDAMAIAN ! ISLAM ITU ANUGERAH ! ISLAM ITU AGAMAKU DAN AKU BERSYUKUR !
Sunday, 8 April 2012
PENGAKUAN SEORANG WANITA
[admin] APA YANG TERJADI PADA AKAUN FACEBOOK KITA SELEPAS KITA MENINGGAL DUNIA???
Satu peringatan sebenarnya untuk kita semua.....
Mari kita renungkan bersama.....
Jika pada suatu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yg tahu paswordnya kan? Kecuali ada yg telah mengamanahkan rakan2 atau adik beradik mereka untuk menyimpan password mereka.
Dan selepas kita meninggal mungkin rakan2 akan mengunjungi facebook kita untuk menulis rasa duka cita di wall kita atau di status2 kita dan akan membelek2 gambar kita untuk mengubat kerinduan. Tapi sedarkah kita??
Gambar-gambar kita akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur. Apatah lagi bagi wanita yg gambarnya tidak menutup aurat dan para lelaki akan terus melihat dan menjadikan keindahan wajah dan tubuhmu sebagai santapan mata. Walau sudah bertahun meninggal, dosa kita akan terus meningkat. Bagaimana? Pernah terfikir atau tidak? Legging, jeans ketat, baju sendat, kain jarang, seluar pendek, mini skirt, rambut yang beralun mampukah menyelamatkan kita di alam kubur nanti?
Mungkin kini kita merasa bangga dengan berkongsi cerita dengan gambar2 yg cantik, seksi dan tampan. Ada yang komen memuji, tak kurang juga yg komen dengan penuh keinginan syahwat lantaran tergoda dengan susuk tubuh menawan. Tapi semua itu sudah tiada erti lagi bila kita sudah meninggal dunia. Semua hanya tinggal kenangan bagi kawan2 yg masih hidup saja. Dan barangkali ada orang yg telah mencuri gambar kita dan mengeditnya menjadi gambar lucah sedangkan kita sedang menanggung azab di alam kubur…nauzubillah.
Maka, bagi yang muslim terutamanya, tutupilah auratmu sebelum dirimu dikafankan. Jagalah harga diri anda. Maruahmu bukan untuk dijaja di alam maya. Jika ada gambar2 yang tidak menutup aurat, segera delete. Usah la dibuat private kerana di alam maya ini terlalu ramai hackers yang bijaksana. Jangan kata esok lusa untuk delete kerana esok lusa kita belum tentu bernafas lagi kerana maut tidak mengenal bila dan di mana…maka DELETE LAH SEKARANG !
# Sama-sama kongsikan article ini bagi sesiapa yang peduli
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment