Wednesday, 28 November 2012

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah




Di dalam sebuah hadis sahih yang amat masyur bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Tujuh (7) golongan yang akan dilindungi oleh Allah di bawah teduhan rahmat-Nya pada hari (kiamat) yang tiada sebarangan lindungan melainkan lindungan rahmat-Nya iaitu;

1) Pemerintah yang adil,

2) Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya dalam beribadah kepada Allah,

3) Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid,

4) Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah (mereka bertemu & berpisah kerana Allah),

5) Seorang lelaki yang apabila dirayu oleh wanita cantik,kaya dan berpangkat kemudian dia mengatakan,oh tidak...sesungguhnya aku takut kepada Allah.

6) Seseorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya,

7) Lelaki yang mengingati Allah s.w.t. berseorangan diri sehingga berlinangan air matanya".

No comments:

Post a Comment