Friday, 16 November 2012

Kenapa Perlu Memeluk ISLAM ? Di Sini Ada Beberapa BUKTI KEBENARAN ISLAM !

Islam Bukan Agama Paksaan !

->Islam adalah agama fitrah yang sesuai dianuti oleh semua manusia. Walaupun demikian, Islam tidak memaksa orang bukan Islam supaya memeluk Islam. Seperti maksud ayat berikut : 

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Alla
h, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
( Surah Al-Baqarah: Ayat 256 )







BUKTI-BUKTI KEBENARAN ISLAM ! 

*11 ORANG TERSOHOR YANG MEMELUK ISLAM
-> http://panduanpercuma.info/agama/776/11-orang-tersohor-yang-memeluk-islam/







Para saintis 'non- Muslim' dari Amerika Syarikat sekali lagi terkejut apabila mereka mendapati sejak akhir-akhir ini telah banyak tumbuh hutan di bawah tanah di Arab Saudi (barat Alsaman)... Ramai pengkaji yg telah memeluk agama islam, Alhamdulillah...

Namun, salah satu tanda Kiamat adalah bahawa "tanah orang Arab" sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian lama masa ....

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai. "

[Diriwayatkan oleh Muslim (157)]





Nama Allah pada 5 Jari Tangan

Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.




Bilangan Nama-nama Allah Pada Tapak Tangan
Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat yang akan membentuk tulisan nombor dalam Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan kiri dan 18 di telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99.
Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagai Asma-ul Husna (Nama-nama yang baik).


*Untuk lebih banyak bukti2 yg ada pada tubuh badan manusia sila klik link tersebut : http://islamagamaku197.blogspot.com/2012/04/kebesaran-allah-di-sebalik-tubuh-badan.html


Rahasia Sunnah Larangan Meniup Air Panas

"Hadits Abu Sa'id Al-Khudri Radliyallah 'Anhu, Bahwa Nabi melarang untuk meniup di dalam air minum." (HR. At-Tirmidzi no. 1887 dan beliau mensahihkannya)

Jadi meskipun panas, kita jangan meniup makanan atau air minum.
Nabi melarang para sahabatnya meniup air panas yg akan diminum...

Ternyata, dalam penelitian Science... Air panas (H2O) bertemu karbondioksida (CO2) yang dihembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2), maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3, asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk kedalam tubuh manusia, maka bisa mengakibatkan penyakit jantung.

SUBHANALLAH, Akankah kita masih meniup air panas?

► Qs.42:48 KEWAJIBANMU tak lain hanya menyampaikan
► Qs.16:82, 3:20, 8:38, 5:92, 64:12, 16:125
► Sampaikanlah meski hanya 1 ayat. HR.Bukhari-Muslim

Bukti Kebesaran Allah : http://www.youtube.com/watch?v=8jEMLfEx64I

BIBLE Akui Kebenaran Nabi Muhammad : http://www.youtube.com/watch?v=4qHz87WMZDA



Kita dapat mengenal Allah dengan dua cara:

1. Cara pertama dengan membaca Kitab Wahyu (Al Quran), yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad SAW, cara ini disebut mengenal Allah dengan ayat KAULIYAH

2. Cara kedua, dengan membaca Alam Semesta, cara ini disebut membaca ayat KAUNIYAH (Kaun=ciptaan)




                             Rasulullah telah mengetahuinya sejak dahulu lagi . =)






Tahukah kita ? Jantung manusiaaa.............
Para saintis telah membuktikan bahawa,suara yang datang daripada denyutan jantung adalah "Lub Dub"Tetapi Kini mereka dianalisis bahawa, ia adalah 'Rub Dub Dub'.Dalam Bahasa Arab perkataan ini bermaksud 1 yang buat satu sama dan segala yang berkaitan dengan alam Semesta, dan yang mempunyai perintah dalam segala-galanya.

Itu adalah "Allah" Jadi tiap-tiap degupan jantung kita berkata:"ALLAH"

Subhanallah! Allah Maha Hebat diciptakannya jantung kita pun mengingati-Nya!











KISAH DEBAT ANTARA IMAM ABU HANIFAH DENGAN SEORANG ATHEIS !

Pada suatu pagi, Imam Abu Hanifah yang ketika itu masih kanak-kanak telah mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun bertanyakan sebabnya. 

Guru: Aku bermimpi melihat sebuah kebun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. 
Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan menyondol serta memakan buah-buah pohon tersebut sehingga habis dedaun dan buah-buah tersebut. Hanya tinggal batang kayu sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya.

Imam Abu Hanifah: Allah Taala telah mengajarkan saya ilmu ta’bir mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya ta’birkannya.

Guru: Ta’birkanlah .Imam Abu Hanifah: Dusun luas yang terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. Babi yang muncul itu ialah si Atheis itu, manakala harimau itu yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri.

Tuan Guru: Bagaimana pula kalau orang tanya siapa kamu? Imam Abu Hanifah: Katakan saja saya ini budak pembawa kasut tuan.

Berangkatlah, saya akan turut menemani Tuan Guru. Dengan berkat hemat Tuan Guru dan berkat hadrat Tuan Guru, saya akan patahkan hujahnya.

Tuan Guru bergembira dengan kata-kata Imam Abu Hanifah itu, lalu bertolak bersama ke Masjid Jami’. Kemudian, Khalifah tiba di samping orang ramai telah berhimpun di sana.
Si Atheis itu datang dan terus naik ke mimbar serta bertanya: Siapakah di kalangan kamu yang akan menjawab soalan-soalanku?

Imam Abu Hanifah menjawab: Nyatakan saja soalan kamu, orang yang tahu akan menjawabnya.
Antara 3 soalan yang didebatkan ialah:
1) Apa yang ada sebelum Allah ada? 2) Ke manakah Allah sedang menghadap sekarang? 3) Apakah yang dilakukan Allah sekarang?

Apa yang ada sebelum Allah?
Imam Abu Hanifah: Tiada sesuatu sebelum Allah. Buktinya ada pada anggota badanmu. Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu. Begitu jugalah dengan Allah Taala. Tiada sesuatu sebelum-Nya dan tiada sesuatu selepas-Nya.
Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya?

Jika tuan menyalakan lampu pelita di dalam gelap malam, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap? Atheis : Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru. Abu Hanifah : Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Ta’ala Pencipta langit dan bumi, sebab Dia nur cahaya langit dan bumi.
Apakah yang dilakukan oleh Allah sekarang?

Imam Abu Hanifah: Cara engkau tidak betul. Sepatutnya orang yang menjawab mesti berada di mimbar dan orang yang bertanya berada di bawah. Aku akan menjawab jika aku berada di mimbar dan engkau pula di bawah. Si Atheis itu pun turun, Imam Abu Hanifah pula naik ke atas mimbar. Setelah beliau duduk, si Atheis itu pun bertanyakan soalan tadi.

Imam Abu Hanifah menjawab: Inilah yang Allah Taala lakukan sekarang. Dia menggugurkan yang batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yang benar seperti aku dari bawah ke atas.




Antara Sebab-Sebab Islam Tidak Memaksa Orang Bukan Islam Supaya Memeluk Islam Ialah :

1) Kerana iman orang yang dipaksa akan mudah luntur. 
2) Kerana paksaan adalah bertentangan dengan konsep dakwah Islamiah yang menyeru manusia pada Islam dengan cara yang baik dan berhikmah.
3) Kerana paksaan akan menimbulkan pergaduhan dan permusuhan.

Hikmah Berpegang Teguh Dengan Agama Allah SWT Ialah :

1) Sabar dan tabah menghadapi liku-liku hidup.
2) Istiqamah(Bersungguh2) dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
3) Mendapat ketenangan dan ketenteraman Jiwa dan Fikiran.
4) Mendapat keselamatan hidup di dunia dan di akhirat.
5) Mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
6) Dikasihi dan diredai oleh Allah SWT.



Surah Az-Zariyat Ayat 47-51 Yg Bermaksud :

Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga. Dan bumi pula Kami hamparkan (untuk kemudahan kamu mendiaminya); maka Kamilah sebaik-baik yang menghamparkannya. Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami).(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): “Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.
“Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu), sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata”.



Keistimewaan Memeluk Islam !
Hadith :
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”

(al-Bukahri)



No comments:

Post a Comment