Wednesday 28 November 2012

Kisah Panglima Rom Mendapat Hidayah




Dalam kegemparan terjadinya peperangan Yarmuk, salah seorang panglima Rom yang bermana George memanggil Khalid bin Walid.

Kedua orang panglima itu saling hampir sehingga kedua kepala kuda mereka saling bertemu.Kepada Khalid, George bertanya: “Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikitpun, kerana Tuhan Yang Maha Mulia tidak pernah berdusta, dan jangan pula ka
mu menipuku, karana sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan berdusta di sisi Allah.”
“Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan,” kata Khalid.

“Apakah Allah menurunkan kepada Nabi-Nya Muhammad SAW sebuah pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu sehingga jika kamu pakai pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?”

“Tidak!” Jawab Khalid.

“Apakah sebabnya kamu digelar dengan Saifullah (Pedang Allah)?” Tanya George.

Khalid menjawab: “Ketika Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW, seluruh kaumnya sangat memusuhinya termasuk juga aku, aku adalah orang yang paling membencinya. Setelah Allah SWT memberikan hidayah-Nya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk Islam Rasulullah SAW menerimaku dan memberi gelaran kepadaku “Saifullah” (pedang Allah).”

“Jadi tujuan kamu berperang ini untuk apa?” Tanya George. “Kami ingin mengajak kamu supaya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah dan kami juga ingin mengajak kamu untuk mempercayai bahawa segala apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW itu adalah benar.” Jawab Khalid.

George bertanya: “Apakah hukumannya bila orang itu tidak mahu menerimanya?”

Jawab Khalid: “Hukumannya adalah harus membayar jizyah, maka kami tidak akan memeranginya.”

“Bagaimana kalau mereka tidak mahu membayar?” Tanya George.

“Kami akan mengumumkan perang kepadanya,” kata Khalid bin Walid.
George bertanya: “Bagaimanakah kedudukannya jika orang masuk Islam pada hari ini?”

Khalid menjawab: “Di hadapan Allah SWT, kita akan sama semuanya, baik dia orang yang kuat, orang yang lemah, yang dahulu mahu pun yang kemudian masuk Islam.”

“Apakah orang dahulu masuk Islam kedudukannya akan sama dengan orang yang baru masuk?” Tanya George.

Khalid menjawab: “Orang yang datang kemudian akan lebih tinggi kedudukannya dari orang yang terdahulu, sebab kami yang terlebih dahulu masuk Islam, menerima Islam itu ketika Rasulullah SAW masih hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada baginda. Sedangkan orang yang masuk Islam kemudian tidak menyaksikan apa yang telah kami saksikan. Oleh kerana itu siapa saja yang masuk Islam yang datang terakhir maka dia akan lebih mulia kedudukannya, sebab dia masuk Islam tanpa menyaksikan bukti-bukti yang lebih meyakinkannya terlebih dahulu.”

George bertanya: “Apakah yang kamu katakan itu benar?” “Demi Allah, sesungguhnya apa yang aku katakan itu adalah benar,”jawab Khalid.

George berkata: “Kalau begitu aku akan percaya kepada apa yang kamu katakan itu, mulai saat ini aku bertaubat untuk tidak lagi memusuhi Islam dan aku menyatakan diri masuk ke dalam agama Islam, wahai Khalid tolonglah ajarkan aku tentang Islam.”

Lalu Khalid bin Walid membawa George ke dalam khemahnya, kemudian menuangkan air ke dalam timba untuk menyuruh George bersuci dan mengerjakan solat dua rakaat.

Ketika Khalid bersama dengan George masuk ke dalam khemah, maka tentera Rom mengadakan serangan besar-besaran terhadap pertahanan umat Islam.

Setelah selesai mengerjakan solat, maka Khalid bin Walid bersama dengan George dan kaum Muslimin lainnya meneruskan peperangan sehingga matahari terbenam dan semasa itu kaum Muslimin mengerjakan solat Zohor dan Asar dengan isyarat saja.

Dalam pertempuran itu, George yang telah bergabung dengan barisan kaum Muslimin itu terbunuh, dan dia hanya baru mengerjakan solat dua rakaat bersama dengan Khalid bin Walid.

Walaupun demikian, ia telah menyatakan keIslamannya dan berjanji untuk tidak akan kembali lagi kepada agama lamanya.

Semoga Allah menempatkan George ke dalam golongan orang-orang yang mati syahid. Amin.

Sumber : http://www.blogammar.com/kisah-panglima-rom-mendapat-hidayah/#.UB6R6HOTbac.blogger

Kenapa Perlu Memeluk ISLAM ? Di Sini Ada Beberapa BUKTI KEBENARAN ISLAM ! :- http://islamagamaku197.blogspot.com/2012/11/kenapa-perlu-memeluk-islam-di-sini-ada_16.html

*SILAKAN SHARE/TAG/COMMENT/LIKE*

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah




Di dalam sebuah hadis sahih yang amat masyur bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Tujuh (7) golongan yang akan dilindungi oleh Allah di bawah teduhan rahmat-Nya pada hari (kiamat) yang tiada sebarangan lindungan melainkan lindungan rahmat-Nya iaitu;

1) Pemerintah yang adil,

2) Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya dalam beribadah kepada Allah,

3) Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid,

4) Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah (mereka bertemu & berpisah kerana Allah),

5) Seorang lelaki yang apabila dirayu oleh wanita cantik,kaya dan berpangkat kemudian dia mengatakan,oh tidak...sesungguhnya aku takut kepada Allah.

6) Seseorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya,

7) Lelaki yang mengingati Allah s.w.t. berseorangan diri sehingga berlinangan air matanya".

Kisah Sebiji Tembikai Mengajar Isteri




Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. 

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya : “Kepada siapa engkau tuj
ukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu ?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya : “Ada pun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan ia pun redhalah dengan apa yang telah di tentukan oleh Allah SWT.

Checklist Sebelum Keluar Rumah ! (PEREMPUAN)




Berbicara mengenai keselamatan.

Melihat kes-kes yang meningkat, membuatkan saya terfikirkan apakah usul asal masalah. Akhirnya Allah swt tunjuki satu hakikat yang tidak pernah berubah..

"Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali dia. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberik
an kebaikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNYa. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang. [Surah Yunus, ayat 107]

TIDAK keluar malam dan sewaktu dengannya hanyalah usaha dari kita. Namun perkara yang juga penting untuk kita sama-sama ingatkan adalah bagaimana sifir di sisi Allah. Yang mana segalanya kembali di bawah kekuasaanNya.

Ada beberapa perkara yang penting untuk kita sama perhatikan sebelum melangkah keluar rumah:

1. Niat kita keluar rumah. Untuk tujuan yang baik atau tidak.

2. Pemakaian kita. Adakah menepati syara' atau tidak. Cukup sekadar bertanya pada diri. "malaikat mana yang akan mencatit?"

3. Pergantungan kita terhadap Allah swt sehari-hari bagaimana? Bukan sekadar sewaktu menghadapi kesusahan, tapi lebih dari itu. Jadi jangan lupa untuk berdoa sebelum keluar rumah. :)

اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ

Maksudnya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada sesat atau disesatkan , tergelincir atau digelincirkan, menjadi zalim atau dizalimi, menjadi jahil atau dijahilkan dariku.

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِالله

Maksudnya : Dengan nama Allah aku bergantung kepada Allah, dan tiada daya dan upaya kami kecuali dengan keizinanMu ya Allah.

4. Tidak dilupakan kepada segala aspek luar yang kita usahakan.

InsyaAllah kheir

Jom pakat sebarkan kebaikan. Moga amalan kita yang kurang dapat tampung dengan amalan orang lain.

Hati-hati Dengan Lirik Lagu Yang Kita Nyanyikan !




TOLONG SEBARKAN(SHARE)...

Banyak anak muda tak ambil kisah pasal perkara sebegini. Walaupun nampak remeh, tapi boleh meruntuhkan institusi akhlak itu sendiri. Sama-sama kita sebarkan dan selamatkan akidah. amin. Fisabillillah !



Friday 16 November 2012

Kenapa Perlu Memeluk ISLAM ? Di Sini Ada Beberapa BUKTI KEBENARAN ISLAM !

Islam Bukan Agama Paksaan !

->Islam adalah agama fitrah yang sesuai dianuti oleh semua manusia. Walaupun demikian, Islam tidak memaksa orang bukan Islam supaya memeluk Islam. Seperti maksud ayat berikut : 

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Alla
h, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
( Surah Al-Baqarah: Ayat 256 )







BUKTI-BUKTI KEBENARAN ISLAM ! 

*11 ORANG TERSOHOR YANG MEMELUK ISLAM
-> http://panduanpercuma.info/agama/776/11-orang-tersohor-yang-memeluk-islam/







Para saintis 'non- Muslim' dari Amerika Syarikat sekali lagi terkejut apabila mereka mendapati sejak akhir-akhir ini telah banyak tumbuh hutan di bawah tanah di Arab Saudi (barat Alsaman)... Ramai pengkaji yg telah memeluk agama islam, Alhamdulillah...

Namun, salah satu tanda Kiamat adalah bahawa "tanah orang Arab" sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian lama masa ....

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai. "

[Diriwayatkan oleh Muslim (157)]





Nama Allah pada 5 Jari Tangan

Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.




Bilangan Nama-nama Allah Pada Tapak Tangan
Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat yang akan membentuk tulisan nombor dalam Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan kiri dan 18 di telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99.
Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagai Asma-ul Husna (Nama-nama yang baik).


*Untuk lebih banyak bukti2 yg ada pada tubuh badan manusia sila klik link tersebut : http://islamagamaku197.blogspot.com/2012/04/kebesaran-allah-di-sebalik-tubuh-badan.html


Rahasia Sunnah Larangan Meniup Air Panas

"Hadits Abu Sa'id Al-Khudri Radliyallah 'Anhu, Bahwa Nabi melarang untuk meniup di dalam air minum." (HR. At-Tirmidzi no. 1887 dan beliau mensahihkannya)

Jadi meskipun panas, kita jangan meniup makanan atau air minum.
Nabi melarang para sahabatnya meniup air panas yg akan diminum...

Ternyata, dalam penelitian Science... Air panas (H2O) bertemu karbondioksida (CO2) yang dihembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2), maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3, asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk kedalam tubuh manusia, maka bisa mengakibatkan penyakit jantung.

SUBHANALLAH, Akankah kita masih meniup air panas?

► Qs.42:48 KEWAJIBANMU tak lain hanya menyampaikan
► Qs.16:82, 3:20, 8:38, 5:92, 64:12, 16:125
► Sampaikanlah meski hanya 1 ayat. HR.Bukhari-Muslim

Bukti Kebesaran Allah : http://www.youtube.com/watch?v=8jEMLfEx64I

BIBLE Akui Kebenaran Nabi Muhammad : http://www.youtube.com/watch?v=4qHz87WMZDA



Kita dapat mengenal Allah dengan dua cara:

1. Cara pertama dengan membaca Kitab Wahyu (Al Quran), yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad SAW, cara ini disebut mengenal Allah dengan ayat KAULIYAH

2. Cara kedua, dengan membaca Alam Semesta, cara ini disebut membaca ayat KAUNIYAH (Kaun=ciptaan)




                             Rasulullah telah mengetahuinya sejak dahulu lagi . =)






Tahukah kita ? Jantung manusiaaa.............
Para saintis telah membuktikan bahawa,suara yang datang daripada denyutan jantung adalah "Lub Dub"Tetapi Kini mereka dianalisis bahawa, ia adalah 'Rub Dub Dub'.Dalam Bahasa Arab perkataan ini bermaksud 1 yang buat satu sama dan segala yang berkaitan dengan alam Semesta, dan yang mempunyai perintah dalam segala-galanya.

Itu adalah "Allah" Jadi tiap-tiap degupan jantung kita berkata:"ALLAH"

Subhanallah! Allah Maha Hebat diciptakannya jantung kita pun mengingati-Nya!











KISAH DEBAT ANTARA IMAM ABU HANIFAH DENGAN SEORANG ATHEIS !

Pada suatu pagi, Imam Abu Hanifah yang ketika itu masih kanak-kanak telah mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun bertanyakan sebabnya. 

Guru: Aku bermimpi melihat sebuah kebun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. 
Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan menyondol serta memakan buah-buah pohon tersebut sehingga habis dedaun dan buah-buah tersebut. Hanya tinggal batang kayu sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya.

Imam Abu Hanifah: Allah Taala telah mengajarkan saya ilmu ta’bir mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya ta’birkannya.

Guru: Ta’birkanlah .Imam Abu Hanifah: Dusun luas yang terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. Babi yang muncul itu ialah si Atheis itu, manakala harimau itu yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri.

Tuan Guru: Bagaimana pula kalau orang tanya siapa kamu? Imam Abu Hanifah: Katakan saja saya ini budak pembawa kasut tuan.

Berangkatlah, saya akan turut menemani Tuan Guru. Dengan berkat hemat Tuan Guru dan berkat hadrat Tuan Guru, saya akan patahkan hujahnya.

Tuan Guru bergembira dengan kata-kata Imam Abu Hanifah itu, lalu bertolak bersama ke Masjid Jami’. Kemudian, Khalifah tiba di samping orang ramai telah berhimpun di sana.
Si Atheis itu datang dan terus naik ke mimbar serta bertanya: Siapakah di kalangan kamu yang akan menjawab soalan-soalanku?

Imam Abu Hanifah menjawab: Nyatakan saja soalan kamu, orang yang tahu akan menjawabnya.
Antara 3 soalan yang didebatkan ialah:
1) Apa yang ada sebelum Allah ada? 2) Ke manakah Allah sedang menghadap sekarang? 3) Apakah yang dilakukan Allah sekarang?

Apa yang ada sebelum Allah?
Imam Abu Hanifah: Tiada sesuatu sebelum Allah. Buktinya ada pada anggota badanmu. Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu. Begitu jugalah dengan Allah Taala. Tiada sesuatu sebelum-Nya dan tiada sesuatu selepas-Nya.
Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya?

Jika tuan menyalakan lampu pelita di dalam gelap malam, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap? Atheis : Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru. Abu Hanifah : Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Ta’ala Pencipta langit dan bumi, sebab Dia nur cahaya langit dan bumi.
Apakah yang dilakukan oleh Allah sekarang?

Imam Abu Hanifah: Cara engkau tidak betul. Sepatutnya orang yang menjawab mesti berada di mimbar dan orang yang bertanya berada di bawah. Aku akan menjawab jika aku berada di mimbar dan engkau pula di bawah. Si Atheis itu pun turun, Imam Abu Hanifah pula naik ke atas mimbar. Setelah beliau duduk, si Atheis itu pun bertanyakan soalan tadi.

Imam Abu Hanifah menjawab: Inilah yang Allah Taala lakukan sekarang. Dia menggugurkan yang batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yang benar seperti aku dari bawah ke atas.




Antara Sebab-Sebab Islam Tidak Memaksa Orang Bukan Islam Supaya Memeluk Islam Ialah :

1) Kerana iman orang yang dipaksa akan mudah luntur. 
2) Kerana paksaan adalah bertentangan dengan konsep dakwah Islamiah yang menyeru manusia pada Islam dengan cara yang baik dan berhikmah.
3) Kerana paksaan akan menimbulkan pergaduhan dan permusuhan.

Hikmah Berpegang Teguh Dengan Agama Allah SWT Ialah :

1) Sabar dan tabah menghadapi liku-liku hidup.
2) Istiqamah(Bersungguh2) dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
3) Mendapat ketenangan dan ketenteraman Jiwa dan Fikiran.
4) Mendapat keselamatan hidup di dunia dan di akhirat.
5) Mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
6) Dikasihi dan diredai oleh Allah SWT.



Surah Az-Zariyat Ayat 47-51 Yg Bermaksud :

Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga. Dan bumi pula Kami hamparkan (untuk kemudahan kamu mendiaminya); maka Kamilah sebaik-baik yang menghamparkannya. Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami).(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): “Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.
“Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu), sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata”.



Keistimewaan Memeluk Islam !
Hadith :
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”

(al-Bukahri)



Saturday 10 November 2012

Kepentingan Doa Selepas Wudhuk ! (Beserta Terjemahan)




Doa Selepas Berwuduk ! (JOM KITA AMALKAN)

Terjemahan doa :

"Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah j
adikanlah daku daripada golongan yang bertaubat, jadikanlah daku daripada golongan yang bersih, jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau yang soleh."

Melalui pembacaan di gedung ilmu , selepas berwuduk, kita disunatkan untuk membaca doa selepas wuduk sambil mengadap kiblat.. Doa selepas wuduk seperti di dalam gambar di atas .

Menurut gedung ilmu sesiapa yang membaca doa ini selepas mengambil wuduk maka akan terkeluar segala dosanya daripada segala anggotanya dan dicap pahala wuduknya dengan satu cap yang ia tidak akan mati dalam keadaan murtad. Maksudnya, ia akan mati dalam keadaan beriman, dan wuduknya akan diangkat ke langit dan air wuduk itu sentiasa bertasbih dan bertafakur serta dituliskan baginya pahala sehinggalah ke hari kiamat.

Subhanallah. Marilah kita semua umat Islam mengamalkannya.

Satu pertanyaan diajukan kepada Prof Dr Hj Shahrin Abd Rahman berkenaan bagaimana nak buat jika kita sering lupa rakaat sewaktu sedang solat.

Menurut beliau, ia menunjukkan kita tidak ada penumpuan dalam solat, jadi sebelum mengambil wudhu, mengucap dahulu dua kalimah syahadat, semasa mengambil wudhu' gunakan air yang kecil saja untuk mengelakkan pembaziran ( salah satu sebab kita tak boleh tumpu pada solat kita).

Sewaktu mengambil wudhu', ingat satu persatu anggota yang kita basuh, jangan lalai, buat dengan sempurna dan jangan hanya nak melepaskan perkara wajib, lepas wudhu' bacalah doa selepas wudhu' , jika ada masa lebih lakukan solat wudhu' 2 rakaat kalau tak sempat jangan bercakap selepas ambil wudhu'..diam dan tumpuan hanya pada nak solat.

Sewaktu berada di tempat nak solat bacalah surah An Nas sekali, mohonlah perlindungan Allah dari syaitan, sewaktu solat baca kuat bacaan doa Iftitah, Al-Fatihah, surah agar terdengar pada telinga kita, biar telinga kita dengar satu persatu bacaan kita, begitulah seterusnya rukuk, sujud dan lain-lain, perhatikan satu persatu insyaAllah takkan terlupa rakaat yang kita buat..

Sebar-sebarkan...

Diambil dari :http://ruangbicarakaklong.blogspot.com/2011/10/doa-selepas-berwuduk.html

Cara/Langkah Berwuduk Dengan Betul Dan Sempurna ! :http://www.facebook.com/photo.php?fbid=249103028528238&set=pb.136198466485362.-2207520000.1352612017&type=3&theater