Thursday 21 June 2012

CARA-CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT DHUHA !




CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT DHUHA !!!

Waktu Solat Sunat Dhuha : ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan iaitu dilewatkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. (Anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Bilangan Rakaat : Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat, lapan rakaat dan dua belas rakaat. Menurut s...ebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.

1) NIAT : "Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak'ataini Lilaahi Ta'ala"
"Sahaja aku solat sunat duha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

2) Rakaat Pertama : Selepas membaca Al-fatihah digalakkan membaca surah As-Syams.

3) Rakaat Kedua : Selepas membaca Al-fatihah digalakkan membaca surah Ad-Duha.

4) Ketika Sujud Terakhir : Baca doa ini 3x. Sila Klik Utk Doa -> http://kolejunikop.webs.com/dhuha2.JPG

Selepas memberi salam digalakkan membaca Doa ini. Klik utk Doa -> http://abufawwaz.files.wordpress.com/2011/12/doa-dhuha.jpg?w=930

Untuk lebih Jelas dan Mudah Klik :- http://permai1.tripod.com/dhuha.html

*Nota tambahan :

Kepada mereka yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Sebenarnya boleh kita baca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan semata-mata harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Dan doanya pun, kita boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari illahi.

Sumber:

- Zaharuddin.net, Halaqah
- http://www.mohamadazhan.com/2011/03/solat-sunat-dhuha-dekatkan-rezeki.html
See more

3 comments:

  1. Sujud terakhir tu bole x kalau kta bca doa lain?

    ReplyDelete
  2. Doa itu hanya sunat. Bukan wajib. :)

    ReplyDelete
  3. Salam..sujud terakhir yg baca 3x...doa di dalam hati ataupn doa biar dpat didengar di telinga..

    ReplyDelete