Thursday 21 June 2012

KEPENTINGAN BERDOA : ADAB-ADAB/HIKMAH BERDOA




Doa ialah memohon kepada Allah S.W.T. sesuatu kebaikan yang diharuskan oleh syarak.

Adab-Adab Berdoa :-

1) Suci daripada hadas dan najis.
2) Memilih waktu yang mustajab untuk berdoa.
3) Menghadap kiblat.
4) Mengangkat kedua-dua belah tangan.
5) Dimulai dengan membaca basmalah.
6) Berselawat kepada Nabi di awal dan akhir doa.
7) Merendahkan suara ketika berdoa.
8) Berdoa dengan perasaan khusyuk dan tawaduk.
9) Benar-benar mengharapkan pertolongan Allah SWT.
10) Bersangka baik kepada Allah SWT untuk memakbulkan doa.

Hikmah Berdoa :-

1) Supaya segala cita-cita yang baik tercapai.
2) Menjadi insan yang patuh dan taat kepada Allah SWT.
3) Memupuk sikap sabar,reda,dan bersyukur kepada Allah SWT.
4) Diredai dan dikasihi oleh Allah SWT.
5) Menjadi insan yang berdedikasi dan istiqamah dalam sesuatu perkara yang dilakukan.
6) Melatih diri supaya sentiasa mengingati Allah SWT dalam apa jua keadaan.

*Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya ialah waktu sujud
oleh kerana itu perbanyakkanlah doa ketika itu."

(Hadis sahih riwayat Muslim)

(VIDEO)Cara Menadah Tangan (berdoa) Yang Betul :- http://www.youtube.com/watch?v=Svz3oRKgRrU
(PHOTO)CARA MENADAH TANGAN/BERDOA YANG BETUL :- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=251150938323447&set=a.136228019815740.22309.136198466485362&type=1&theater

-> SILA SHARE/TAG/COMMENT/LIKE~
See more

No comments:

Post a Comment