Monday 4 June 2012

GANJARAN BAGI ORANG YANG BERZIKIR !




Waktu yang sangat tepat untuk berdzikir kepada Allah diantaranya adalah sesudah shalat fardlu.

“Dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”
 (Al-Ahzab 33: 35)

Riwayat Muslim menjelaskan bahawa barangsiapa bertasbih (Subhanallah) setiap kali selesai solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali, kemudian digenapkan dengan mengucapkan Lailaha Illah Wahdahula Syarikalahu Walahulhamduyuhyi Wayumitu Wahuwa Ala Kulli Syaiin Qadir, nescaya akan diampuni dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

Contoh Zikir Ialah :-

-SubhanAllah
-Alhamdulillah
-La ila haillAllah
-Allahu Akbar
-Astaghfirullah
-Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim

Maksud Lafaz Zikir :- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=244925438945997&set=a.136228019815740.22309.136198466485362&type=1&theater

10 KELEBIHAN BERZIKIR :- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=378081085577626&set=a.296517377067331.97124.100001272122962&type=1&theater

Justeru, sentiasalah kita berzikir kepada Allah yang telah menganugerahkan pelbagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya kepada kita. Dengan zikrullah, insya-Allah hati kita akan sentiasa dilimpahi ketenangan dan terdidik di bawah pengawasan Allah serta menjadi perisai daripada maksiat dan dosa.

Harap Dapat Sebarkan(SHARE) & Selamat Beramal . :')

-Siapa yang mengajak kepada kebaikan, maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun, dan siapa yang mengajak kepada kesesatan maka baginya dosa seperti dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun (HR Muslim) .

No comments:

Post a Comment